Monday, October 12, 2009

Anggota polis nyaris tertelan kaca


SERPIHAN kaca yang disangka air batu dalam minuman seorang anggota polis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Sangkakan air batu, rupa-rupanya serpihan kaca!

Itu yang terjadi kepada seorang anggota polis yang nyaris tertelan kaca sepanjang empat sentimeter di dalam teh ais yang diminumnya di sebuah restoran di Taman Wahyu, Jalan Ipoh dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Ismail Abu Bakar, 27, berkunjung ke restoran tersebut untuk makan tengah hari bersama rakan-rakannya.

"Apabila makanan sampai kami terus menikmati hidangan tersebut. Selepas selesai makan kami duduk bersembang sambil menghabiskan baki minuman.

"Saya agak hairan apabila melihat terdapat satu ketulan air batu agak pelik di dalam minuman saya, apabila diamati betul-betul saya terkejut kerana objek itu ialah kaca daripada serpihan gelas," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Ismail, dia kemudian memanggil pemilik restoran terbabit untuk mendapatkan penjelasan namun pemilik restoran itu menyatakan dia tidak tahu mengenai perkara itu.

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena